PENGENALAN

MENGUKUR ISIPADU CECAIR.

Salah konsep (misconception) apabila mempelajari Isipadu Cecair seringkali terjadi kepada murid Tahap 1 khususnya. Mereka mengambil keputusan untuk membandingkan dua ukuran kapasiti isipadu mengikut ketinggian radas/silinder dan bukannya berdasarkan kandungan cecair di dalamnya.

Bidang pengajian matematik sangat penting dalam kehidupan seharian masyarakat sejak dahulu lagi. Pendidikan di Malaysia juga meletakkan Matematik sebagai salah satu matapelajaran yang penting untuk dipelajari. Menurut Noor Azlan Ahmad Zanzali (2004), matematik adalah satu bidang pengajian yang sangat mustahak dimasukkan sebagai satu matapelajaran di sekolah. Penyataan ini disokong oleh Cockroft (1982), (dalam Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004) yang menyatakan bahawa memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa semua orang bersetuju bahawa setiap kanak-kanak harus mempelajari matematik di sekolah. Sesungguhnya ramai menganggap bahawa pengajian matematik sebagai suatu keperluan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid. Pertimbangan juga perlu diberi kepada gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan murid. Pendekatan inkuiri-penemuan berpusatkan murid digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman matematik yang menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.

Pendidikan matematik di sekolah rendah adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Menurut Pusat perkembangan Kurikulum (2001), Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Sehubungan dengan itu, program Matematik sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatis dan kreatif yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Matematik. Kandungan matapelajaran Matematik di sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang pembelajaran utama iaitu nombor, ukuran, bentuk dan ruang dan statistik.Tambahnya lagi di dalam bidang bentuk dan ruang terdapat beberapa tajuk utama. Salah satu tajuk-tajuk berkenaan adalah Bentuk Tiga Matra. Bentuk Dua Matra ini dibahagikan kepada empat bidang pembelajaran iaitu jenis bentuk tiga matra, ciri-ciri bentuk tiga matra, lukisan bentuk tiga matra dan isipadu kubus dan kuboid ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

AKTIVITI 1 (Pemulihan)


AKTIVITI PENGAJARAN 1
( Murid Berpencapaian Rendah )

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Untuk mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan ukuran unit bukan standard.

BAHAN BANTU PENGAJARAN
Bahan Bantu Mengajar Yang Digunakan :
1.  Bekas botol mineral mengikut saiz 500ml, 1500ml, tin minuman
2.  Cawan plastik
3.  Silinder penyukat 100ml
4.  Pembaris

Pemilihan Bahan :
1.  Ekonomi ( terdiri daripada bahan terbuang)
2.  Mudah didapati dengan banyak
3.  Bahan yang selamat,ringan dan mudah untuk dikendalikan.
4.  Material yang jernih memudahkan pengiraan/membaca sukatan

AKTIVITI
                    i.            Murid dibahagikan kepada kumpulan bertiga.
                  ii.            Murid diminta menyediakan 5 bekas botol mineral kecil dan 2 bekas botol mineral besar.
                iii.            Kemudian guru menyuruh setiap kumpulan mengisi penuh air 5 bekas botol mineral kecil.
                iv.            Guru menyuruh murid membuat pemerhatian awal dan memberi jawapan :
 

           

      
        v.    Kemudian, murid membuat penilaian jawapan dengan mengisi bekas botol mineral
   besar dengan air dalam bekas mineral kecil seperti dalam jadual borang berikut.








      vi.     Murid menulis hasil pemerhatian ke dalam borang.
Pemerhatian
Botol kecil
Botol besar
1
separuh botol
=
2
2 botol
=
3
3 botol
=






     vii.     Guru menjelaskan kepada murid perbezaan jumlah isipadu cecair antara botol 
    mineral kecil dan botol mineral besar.